Salam...
Maaf atas kelewatan meng'update' blog ni disebabkan kekangan masa admin. Tapi sedaya upaya kita akan salurkan maklumat kepada pembaca semua aktiviti kokurikulum SMAD.
Bercakap tentang aktiviti pada 11 Mac yang lalu telah diadakan Program Spelling Bee anjuran Kelab Bahasa Inggeris. Ia diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan menarik minat para pelajar untuk berbahasa inggeris. Disamping menguji para pelajar kemahiran untuk berbahasa inggeris.
Alhamdulillah program yang dianjurkan mendapat sambutan. Seratus lebih penyertaan diterima oleh pihak penganjur bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sebagai imbuhan 3 peserta dari setiap tingkatan akan menerima hadiah. Cuma majlis penyampaian hadiahnya akan diadakan pada perhimpunan kokurikulum iaitu minggu ketiga setiap bulan. Sekali lagi Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur serta para peserta.
Jom kita layan gambar-gambar dibawah semasa program berlansung
No comments:
Post a Comment